suria

Cabaran Malaysia Tersekat di Pusingan Kedua Terbuka China

Chong Wei Feng.
KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier terbuka China 2014 berakhir setelah wakil negara Chong Wei Feng gagal melepasi pusingan kedua di Pusat Sukan Olimpik Haixia, China, pada Khamis.

Pada perlawanan itu, wakil tunggal negara dalam acara perseorang lelaki, Chong Wei Feng kalah 26-24, 21-23 dan 6-21 kepada pemain Jepun, Sho sasaki dalam pertarungan selama 79 minit, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Semalam, Wei Feng melakar kejutan selepas mengalahkan pilihan kelima, Son Wan Ho dari Korea Selatan dengan keputusan 21-14 dan 22-20 pada pusingan pembukaan.

Wakil tunggal negara dalam beregu lelaki, Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong terkandas seawal pusingan pertama, semalam selepas kalah 15-21, 21-18 dan 15-21 kepada pilihan keempat, Hiroyuki Endo dan Kenichi Hayakawa dari Jepun.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$700,000 (RM2.337 juta)
itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain