suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murray Teruskan Kemaraan, Benam Raonic

Andy Murray.
ANDY Murray menghidupkan peluangnya untuk terus beraksi di kejohanan Tenis Jelajah ATP Finals selepas menewaskan Milos Raonic 6-3, 7-5 di London 02 Arena, awal pagi Rabu.

Selepas tewas straight set kepada Kei Nishikori pada Ahad lalu dan kemenangan tersebut sudah mencukupi buat pemain No.5 dunia itu untuk mengekalkan peluangnya dalam Kumpulan B untuk mara ke separuh akhir.

Murray akan bertemu Roger Federer pada Khamis.

Terdahulu, Federer menewaskan Nishikori 6-3, 6-2 dalam masa 69 minit untuk melepasi halangan dalam perlawanan kedua Kumpulan B.

"Pada Ahad, tidak terlalu banyak magik tetapi hari ini saya melakukan beberapa pukulan yang baik pada waktu yang tepat. Saya mempamerkan aksi terbaik dari awal permainan sehingga perlawanan selesai. Saya gembira dapat menang," katanya.

Murray turut menegaskan beliau tidak sabar untuk bertemu Federer dan berharap agar dapat mengekalkan momentum terbaiknya.

"Saya seronok beraksi menentangnya (Federer). Saya harap dapat bermain dengan baik, saya perlu melakukannya untuk mara ke kelompok empat teratas," katanya.
Andy Murray, Jelajah ATP Finals

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain