suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Doping: BWF Gantung Chong Wei

PETALING JAYA: Walaupun agak terlewat, namun Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akhirnya mendedahkan bahawa pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei merupakan atlet yang didapati gagal ujian dadah.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, BWF berkata Chong Wei akan digantung sementara berikutan pelanggaran peraturan anti-doping.

Ini bermakna Chong Wei yang diuji positif deksametason bagi kedua-dua sampel A dan B, tidak dibenarkan menyertai mana-mana pertandingan sehingga pendengaran oleh BWF yang akan menentukan nasibnya diadakan.

Badan dunia itu juga mengesahkan bahawa perkara itu telah dirujuk kepada panel perbicaraan doping BWF bagi menentukan masa, tarikh dan lokasi untuk pendengaran.

Selain itu di bawah peraturan anti-doping BWF dan berikutan penggantungan tersebut, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut dibenarkan untuk mendedahkan kepada umum bahawa pemain yang terbait adalah Chong Wei.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain