SEPANG: Jorge Lorenzo mengambil alih kedudukan pertama daripada Dani Pedrosa pada sesi latihan bebas kedua pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Jumaat.
Pelumba Movistar Yamaha ini mencatat 2:14.503s mengatasi dua pelumba Repsol Honda Team, Marc Marquez dan Dani Pedrosa selepas latihan terpaksa ditunda hampir 20 minit gara-gara hujan lebat.
Lorenzo berjaya mencatat kedudukan lebih baik pada sesi kedua ini setelah berada di kedudukan ketiga pada sesi latihan pertama yang berlangsung pada sebelah pagi tadi.
Litar basah tidak menghalang Lorenzo untuk mencatat lap terpantas sebelum menguasai sesi perlumbaan latihan ini sehingga tamat.
Sementara itu, Pedrosa mengakui perubahan cuaca menyebabkan aksi keduanya terus berubah.
“Belum pasti lagi keadaan cuaca pada esok (Sabtu) dan berharap keadaan litar kering bagi mencatat masa lebih pantas dan dalam masa sama dapat menguji keadaan tayar depan jentera.
“Kami hanya menggunakan tayar lembut pagi tadi dan akan cuba menggunakan tayar keras,” jelas Pedrosa.
Pedrosa mengakui dia berdepan dengan masalah tayar depan jika keadaan litar basah.
“Kami harap esok keadaan tayar akan lebih baik,” tambahnya.
Selain itu, juara enam kali dunia, Valentino Rossi (Movistar Yamaha), gagal memperbaiki kedudukan latihan sesi pertama yang berada di tempat ke-6, apabila hanya mencatat kedudukan ke-15 pada sesi kedua.
Kedudukan pelumba pada sesi latihan bebas kedua:
1.Jorge Lorenzo 2:14.503
2.Marc Márquez +00.242
3.Dani Pedrosa +01.079
4.Andrea Dovizioso +01.728
5.Aleix Espargaró +01.871
6.Héctor Barberá +02.190
7.Stefan Bradl +02.203
8.Andrea Iannone +02.290
9.Nicky Hayden +02.365
10.Cal Crutchlow +02.403
11.Karel Abraham +02.756
12.Yonny Hernández +02.881
13.Hiroshi Aoyama +02.908
14.Álvaro Bautista +02.931
15.Valentino Rossi +03.519
16.Pol Espargaró +03.540
17.Bradley Smith +04.041
18.Alex de Angelis +04.159
19.Michael Laverty +04.648
20.Danilo Petrucci +04.798
21.Scott Redding +05.223
22.Mike Di Meglio +06.222
23.Broc Parkes +06.278


