suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Balotelli Disiasat Ugut Wanita

Mario Balotelli dalam perjalanan menjalani latihan pada Khamis.
PENYERANG Liverpool, Mario Balotelli buat hal lagi dan kali ini disiasat polis Manchester kerana mengugut seorang wanita yang merakam gambar Ferrari F12 Berlinetta miliknya.


Pada Khamis, polis dihubungi pada pukul 3 petang dan bergegas ke sebuah rumas di Wythenshawe. Kejadian itu berlaku ketika pemain itu melawat ibunya, Rose Barwuah.

Polis dikatakan menyiasat tindakan Balotelli yang mengancam dan mendesak wanita itu supaya berhenti merakam gambar kenderaan bernilai £240,000 itu.

Berdasarkan laporan wanita berkenaan, Balotelli dikatakan mendekati anak perempuan wanita itu yang merakam gambar kereta merah yang dibawa dari Itali itu.

Jurucakap polis berkata: "Kami menyiasat laporan mengenai ugutan yang berlaku di Wythenshawe. Pegawai polis akan mendapatkan keterangan semua pihak yang berkaitan."

Sementara itu, Kelab Bolasepak Liverpool berkata, pihaknya tidak akan memberi sebarang komen berhubung perkara itu sehingga fakta sebenar mengenainya diperoleh.

Kejadian itu berlaku sehari selepas Balotelli didapati bertukar-tukar baju bersama pemain pertahanan Real Madrid, Pepe ketika kekalahan Liverpool 3-0 di Anfield.


Artikel Lain