suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Annuar Sokong Tengku Abdullah Tanding Jawatan Exco FIFA

Annuar Musa.
KOTA BHARU: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menyokong hasrat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk merebut satu daripada jawatan Exco Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 2015.

Sambil menyifatkan Tengku Abdullah cukup berkaliber dan berpengalaman selama 30 tahun dalam bola sepak serta memegang jawatan kedua tertinggi dalam Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), beliau berkata baginda mengambil langkah yang baik untuk pembangunan bola sepak negara.

"Saya fikir, ia satu usaha yang baik kalau ada sesiapa dari negara kita yang boleh mendapat tempat dalam badan induk bola sepak dunia itu.

"Saya menyokong penuh Tengku Abdullah yang menawarkan diri merebut jawatan berkenaan dan ia langkah yang patut kita alu-alukan," katanya selepas merasmikan Program Kami Prihatin Yayasan Felda peringkat Parlimen Ketereh di Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok di sini, Sabtu.

Sebelum ini, Tengku Abdullah dilaporkan berhasrat untuk bertanding jawatan Exco FIFA bagi penggal 2015-2018 bersama lima calon lain, bagi merebut tiga kerusi yang ditawarkan bagi slot AFC.

Annuar yang juga bekas Timbalan Presiden FAM berkata bola sepak tempatan memerlukan penambahbaikan segera bagi mengembalikan kembali imej sukan nombor satu negara itu. -

Annuar Musa, KAFA, FIFA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain