suria

GP Jepun: Marquez Kekalkan Kejuaraan MotoGP

Marc Marquez meraikan kemenangannya dalam Kejohanan Dunia MotoGP 2014 selepas berjaya menamatkan perlawanan di tempat kedua GP Jepun di Motegi, Ahad. -AFP
TOKYO: Marc Marquez mengekalkan kejuaraan MotoGP selepas mendapat tempat kedua dalam perlumbaan Grand Prix Jepun, Ahad.

Penunggang dari Sepanyol itu meraih gelaran dunia buat kali keempat dalam tempoh lima tahun bersama Honda di Litar Motegi.

Dengan mengutip 20 mata untuk mendapat tempat kedua di sini, Marquez, kini menjarakkan pendahuluan ke atas Valentino Rossi dari Yamaha serta rakan senegara dan sepasukan, Dani Pedrosa kepada 82 mata dengan baki tiga perlumbaan.

"Saya amat gembira memenangi gelaran di halaman Honda. Saya mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya dan pasukan yang memberi motivasi dan bahan terbaik untuk memenangi gelaran dunia," Marquez.

Penunggang Yamaha dan bekas juara berganda dunia, Jorge Lorenzo mengesahkan kejuaraan di GP Jepun dengan kepantasan 1.638 saat mengatasi Marquez yang memintas Rossi ketika berbaki lapan pusingan.

Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut untuk Lorenzo selepas kejayaan di GP Aragon bulan lalu.
Marc Marquez, MotoGP Jepun

Artikel Sebelum

Artikel Lain