suria

Falcao Mahu Bertahan Lebih Lama Di Manchester United

Radamel Falcao (kanan). Foto EPA

PENYERANG Manchester United, Radamel Falcao memberitahu bahawa dirinya mahu bertahan lebih lama di Old Trafford.

Kenyataan Falcao memberikan lampu hijau buat Red Devils untuk melanjutkan kontrak kepada pemain yang berasal dari Colombia itu.

Falcao dibawa oleh Manchester United dari AS Monaco pada musim panas lalu. Beliau memasuki Old Trafford sebagai pemain pinjaman sehingga akhir musim 2014/2015.

Bagaimanapun, khidmat Falcao begitu memuaskan Manchester United. Dikhabarkan kelab tertarik untuk memberi kontrak tetap kepada beliau.

Perkara tersebut mendapat reaksi yang positif daripada Falcao yang sememangnya mahu bertahan lebih lama bersama Manchester United.

"Mengenai apa yang saya fikirkan tentang masa depan, saya mahu bertahan di MU sehingga beberapa tahun akan datang," kata Falcao kepada ESPN.

"Saya masih memerlukan masa bagi menyesuaikan diri untuk berada pada kedudukan yang terbaik, tetapi saya begitu selesa di sini (Manchester United)," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain