suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecederaan Lutut, Ozil Tidak Dapat Beraksi Selama 12 Minggu

Mesut Ozil
BERLIN: Mesut Ozil akan terlepas peluang beraksi dalam perlawanan kelayakan Euro 2016 di Jerman menentang Poland pada Sabtu dan tidak dapat bermain dalam tempoh 12 minggu akibat kecederaan lutut, Persatuan Bola SEpak Jerman (DFB) mengesahkan, Rabu.

Bintang Arsenal berusia 25 tahun itu mengadu sakit di bahagian lutut kirinya dan diterbangkan ke Munich pada pagi Rabu untuk dirawat oleh doktor DFB, yang mendiagnosis terdapat koyakan di sebahagian ligamen lutut kirinya. 

Ozil akan terlepas bermain di pusingan kelayakan Kumpulan D  di Warsaw dan menentang Republik Ireland di Gelsenkirchen Selasa depan.

Dia juga terlepas perlawanan kelayakan menentang pasukan kerdil Gibraltar di Nuremberg pada 14 November serta perlawanan persahabatan menentang juara Eropah, Sepanyol pada 18 November. - AFP

Mesut Ozil, ligamen, cedera lutut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain