suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PBNJ Nafi Penangguhan Perlawanan Piala Malaysia Disebabkan Ketiadaan Harris

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
JOHOR BAHARU: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menafikan bahawa penangguhan perlawanan Piala Malaysia suku akhir kedua antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu disebabkan ketiadaan pemain tengahnya kelahiran Singapura, Harris Harun.

Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata penangguhan perlawanan itu Sabtu ini tidak kena-mengena dengan Hariss yang dipanggil untuk mewakili republik itu dalam perlawanan persahabatan, Jumaat ini.

Sebaliknya, Tunku Mahkota Johor itu memberitahu sidang media di sini hari ini bahawa penangguhan itu disebabkan beberapa perkara termasuk persiapan JDT dan usaha menaik taraf padang di Stadium Larkin.

Perlawanan tersebut ditunda kepada 17 Oktober ini.

Pada suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Jumaat lepas, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (PETEH) dalam satu kenyataan hari ini telah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penangguhan perlawanan itu.

Artikel Lain