suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alexis Sanchez Tetapkan Sasaran Tinggi Di Arsenal

Alexis Sanchez. Foto AFP

ALEXIS Sanchez menetapkan sasaran tinggi di Arsenal. Pemain dari Chile itu mengakuI ingin mencipta semua kemenangan dengan Arsenal kerana menyedari kualiti kelab berkenaan.

Bekas pemain Barcelona itu menilai Arsenal memiliki kualiti dan keupayaan untuk mencapai sasaran itu.

"Saya ingin menang kesemuanya. Berdasarkan kualiti pemain dan jurulatih yang kami ada, dengan semangat dan cita-cita kami semua untuk meraih kemenangan, saya fikir kami dapat meraih semuanya," kata Sanchez.

"Sebelum saya menandatangani kontrak di sini, ada yang menyatakan kepada saya bahawa Arsenal merupakan kelab besar yang mempunyai pemain-pemain berkualiti. Sekarang saya di sini, saya melihat semua pemain sepanjang latihan dan menyedari kualiti hebat yang dimiliki mereka," tambahnya lagi.

Alexis Sanchez, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Lain