suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bianchi Alami Kecederaan Sel Saraf

Jules Bianchi. Foto AFP

TAHAP kecederaan otak pelumba Formula Satu (F1), Jules Bianchi begitu serius apabila beliau mengalami kecederaan sel saraf (akson) akibat kemalangan pada perlumbaan Grand Prix Jepun, Ahad lalu.

Pelumba Perancis itu didiagnosis dengan kecederaan saraf meresap yang boleh memberi kesan trauma kepada otaknya yang mungkin tidak boleh pulih sepenuhnya.

Bianchi, yang dianggap sebagai bintang yang semakin bersinar dalam sukan F1 kini sudah tiga malam terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Mie di Yokkaichi, Jepun.

Pemandu Marussia itu mengalami kecederaan parah selepas berlanggar dengan jentera pengangkut yang sedang mengalihkan kereta Adrian Sutil di Selekoh 7 di Litar Suzuka di Jepun, Ahad lalu.

Jules Bianchi

Artikel Lain