Kemalangan Ngeri Bianchi: Pasukan Marussia Minta Semua Pihak Bersabar - Sukan | mStar

Kemalangan Ngeri Bianchi: Pasukan Marussia Minta Semua Pihak Bersabar

Rakaman Bianchi melanggar belakang traktor dengan kelajuan 160mph.

PASUKAN Formula Satu Marussia meminta semua pihak bersabar mengenai perkembangan terkini pelumbanya, Jules Bianchi yang masih terlantar kritikal di Hospital Besar Mie di Yokkaichi sejak Ahad lalu.

Sehingga kini masih belum menerima sebarang maklumat terbaharu mengenai pelumba berusia 25 tahun itu yang kini diletakkan di bawah Unit Jagaan Rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan otak pada Isnin.

"Demi kepentingan dan keutamaan Jules, kami memohon  agar semua pihak bersabar dan memahami situasi sekarang.

"Perkembangan terkini akan diberitahu sebaik sahaja pihak hospital memberi sebarang maklumat," jelas kenyataan pasukan pada Selasa.

Sementara itu, rakan-rakan pasukan Marussia dan Ferrari terus berada di hospital sebagai tanda sokongan kepada Bianchi.

Manakala teman wanita pelumba Peranci itu, Camille Marchetti terus memuat naik status di laman Twitternya mendoakan keselamatan Bianchi.

"Kamu adalah juara. Kamu seorang yang kuat," tulisnya di Twitter sambil meletakkan simbol cinta di penghujung ayat tersebut.

Marchetti bersama Bianchi dalam satu majlis sebelum ini.


Kemalangan ngeri itu berlaku selepas Bainchi gagal mengawal jenteranya lalu melanggar traktor keselamatan yang cuba mengalih jentera pelumba Adrian Sutil yang terbabas sebelum itu ketika kelajuan 160mph.

Pada lap ke-42 Sutil gagal mengawal kenderaannya pada Turn 7 dan terbabas. 

Marsyal telah mengibarkan bendera kuning sebelum selekoh itu dan memberi amaran kepada pelumba-pelumba mengenai kemalangan tersebut.

Traktor keselamatan masuk ke tempat kemalangan bagi mengalih jentera Sutil, namun jentera no.17 yang dipandu Bianchi gagal dikawal seterusnya melanggar belakang traktor itu.
Jules Bianchi , F1 , Marussia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun

Hujung minggu yang panjang pada 2019