Sukan Asia: Kurang Sengat Punca Skuad Takraw Tewas - Sukan | mStar

Sukan Asia: Kurang Sengat Punca Skuad Takraw Tewas

Aksi pemain-pemain Malaysia ketika bertemu Indonesia pada Rabu.

INCHEON: Percaturan kurang 'menyengat' menjadi punca utama kekalahan skuad sepak takraw lelaki negara di Temasya Sukan Asia ke-17 setelah tunduk 1-2 kepada Indonesia pada aksi pembuka tirai Kumpulan B di Bucheon Gymnasium pada Rabu.

Kebanyakan daripada pemain negara merupakan pemain baharu yang kurang berpengalaman, malah ada antara mereka membuat penampilan pertama dan tidak pernah beraksi di kejohanan besar seperti Sukan SEA.

Pada aksi regu pertama, pemain negara yang dianggotai Mohamad Fadzli Muhammad Roslan, Izurin Refin dan Amirul Zazwan Amir kalah 0-2 dengan kutipan mata 19-21, 14-21 kepada regu Indonesia (Saiful Rijal/Victoria EkaPrasetyo/Syamsul Hadi) dalam masa 48 minit.

Pasukan negara kembali ceria apabila regu kedua (Mohd Zamree MohdDahan/Mohammad Syahir Mohd Rosdi/Mohd Syazreenqamar Salehan) menyumbang mata pertama biarpun terpaksa berkerja keras selama 1 jam dua minit untuk menundukkan regu Indonesia yang dibarisi Nofrizal-Yudi Purnomo/Abrian SihabAldilatama/Yovi Hendra Utama dengan mata 22-20, 25-23.

Namun kegembiran Malaysia tidak bertahan lama apabila regu ketiga yang dibarisi Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi/Mohd Kamal Alfiza Shafie/ZuleffendiSumari gagal meneruskan rentak kemenangan selepas tewas 0-2 dengan mata 11-21,21-23 kepada regu Indonesia (Husni Uba/Syamsul Akmal/Hendra Pago) juga dalam masa 48 minit.

Jurulatih negara Jamaluddin Hassan berkata anak buahnya gagal mengguna sebaik mungkin peluang yang terhidang di depan mata menyebabkan Malaysia gagal meraih mata.

"Ini bukan bermakna saya menyalahkan pemain kerana mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan kebanyakan daripada barisan pemain yang beraksi kali ini terdiri daripada pemain baharu yang kurang berpengalaman jika dibandingkan dengan pasukan Indonesia," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata beberapa kelemahan dapat dilihat pada pemain apit kiri dan apit kanan dan ia harus segera diperbaiki sebelum bertemu China pada Khamis.

"Kita gagal menamatkan beberapa serangan yang boleh disifatkan 'bola mati' dan peluang tersebut telah diguna sebaik mungkin oleh pasuakn Indonesia yang sentiasa menunggu peluang bagi mendapat mata," katanya.

Mengulas mengenai perlawanan dengan China, Jamaluddin berkata Malaysia perlu menang jika ingin mara ke suku akhir kerana hanya dua pasukan terbaik kumpulan layak ke peringkat seterusnya.

Malaysia dijangka berhadapan saingan sukar di peringkat suku akhir apabila tidak dapat mengelak daripada bertemu musuh tradisi mereka iaitu Thailand.

Jurulatih Indonesia, Muhammad Syukur Saing berkata Malaysia tidak kurang hebatnya berbanding Indonesia cuma nasib lebih menyebelahi pasukan 'Garuda'.

"Pemain Malaysia mempunyai kelebihan tersendiri walaupun dibarisi pemain baharu. Kelebihan dapat dilihat pada pemain tekong regu kedua yang dilihat berbakat," katanya. 

sepak takraw , sukan asia

Artikel Sebelum

'Bangang' Kata Khairy

Artikel Berikut

Sami Buddha Bantu Menangkan Leicester?

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain