suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo Sumbat Empat Gol Benam Elche

BARCELONA: Cristiano Ronaldo menyambung rentak garang dengan empat gol termasuk dua sepakan penalti ketika Real Madrid bangkit untuk melakar kemenangan 5-1 ke atas Elche dalam saingan La Liga, pagi Rabu.

Pemain Terbaik Dunia itu kini sudah menyumbat tujuh gol dalam tempoh empat hari termasuk hatrik ketika membelasah Deportivo La Coruna 8-2, Sabtu lalu.

Walau pun Real bermain bola sepak yang cantik namun mereka tetap goyah di bahagian pertahanan dan kini tiga mata di belakang Barcelona.

"Saya pernah menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan beberapa kali dan usaha ini adalah atas usaha sepasukan," kata Ronaldo.

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Lain