suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Liga: Liverpool Mara, Arsenal Tersingkir

Pemain meraikan kemenangan mereka dengan penjafa gol Simon Mignolet (kanan) selepas mereka berjaya menewaskan Middlesbrough melalui sepakan penalti 14-13 dalam saingan pusingan ketiga Piala Liga di Anfield, Liverpool awal pagi Rabu. - Foto AFP.

LONDON: Liverpool terpaksa menempuh perlawanan maraton untuk menumpaskan Middlesbrough di pusingan ketiga Piala Liga awal pagi Rabu apabila terpaksa bertarung hingga ke masa tambahan sebelum menang melalui sepakan penalti 'sudden death', 14-13.

Pasukan gergasi dalam Liga Perdana Inggeris itu berjaya mendahului Middlesbrough 2-1 pada masa tambahan. Namun sebaik sahaja menunggu wisel penamat ditiup pasukan pelawat berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-120. 

Sepakan tersebut disempurnakan oleh Patrick Bamford. Dengan keputusan tersebut memaksa perlawanan diheret kepada penentuan sepakan penalti bagi mencari pemenang. 

Sementara itu, Arsenal gagal mara ke kelompok 16 terbaik selepas tewas 2-1 kepada Southampton manakala jiran Liverpool, Everton kecundang 3-0 kepada Swansea City dan Stoke City pula berjaya menumpaskan Sunderland 2-1.


Keputusan (pusingan ketiga)

Arsenal 1 Southampton 2

Cardiff City 0 AFC Bournemouth 3

Derby County 2 Reading 0

Leyton Orient 0 Sheffield United 1

Liverpool 2 Middlesbrough 2

(Liverpool menang penalti 14-13)

MK Dons 2 Bradford City 0

Shrewsbury Town 1 Norwich City 0

Sunderland 1 Stoke City 2

Swansea City 3 Everton 0

Fulham 2 Doncaster Rover 1
Liverpool, Arsenal, Piala Liga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain