suria

PSG Pintas Man United Untuk Dapatkan Angel Di Maria

PARIS Saint-Germain (PSG) dilaporkan sedang memintas Manchester United untuk mendapatkan pemain tengah Real Madrid, Angel di Maria.

Khabar angin itu dikuatkan dengan kenyataan pengendali Madrid, Carlo Ancelotti bahawa Di Maria akan lebih bernasib baik jika berada di Perancis.

United kini berada dalam tekanan untuk mendapatkan pemain baharu ketika tempoh pemindahan semakin suntuk.

Ketua Eksekutif United, Ed Woodward sebelum ini berkata, kelab itu mempunyai kuasa kewangan untuk membeli sesiapa sahaja yang mereka mahukan.

Bagaimanapun, pembelanjaan sebanyak £100 juta yang perlu dikeluarkan dalam tempoh tiga tahun untuk Di Maria dianggap terlalu mahal.

Dalam pada itu, akhbar sukan Sepanyol melaporkan bahawa Di Maria kini berada di 'pintu keluar' untuk meninggalkan Madrid dalam tempoh terdekat.



Real Madrid, Manchester United

Artikel Lain