suria

Marcos Rojo Akhirnya Tiba Di Man United

Marcos Rojo ketika tiba di London sebelum dibawa ke Manchester untuk menjalani ujian perubatan dan menandatangani kontrak selama empat tahun.

MANCHESTER United dan Sporting Lisbon akhirnya mencapai persetujuan berhubung pemindahan Marcos Rojo ke Old Trafford.

Menerusi yuran pemindahan sebanyak £16 juta, Rojo kini bersedia untuk menandatangani kontrak selama empat tahun selepas menjalani ujian perubatan dan setuju dengan terma peribadi.

Pengendali United, Louis van Gaal menjadikan usaha untuk membawa masuk pemain pertahanan berkaki kiri sebagai kepentingan utama apabila skuadnya tewas 1-2 kepada Swansea pada Sabtu.

Dengan ketibaan Rojo, 24, ia juga bererti pemain tengah United, Nani akan kembali kepada bekas kelabnya secara percuma - pinjaman.

Nani meninggalkan Sporting pada 2007 menerusi yuran perpindahan sebanyak £17 juta, bagaimanapun sejak dua tahun lalu dia gagal mempamerkan aksi terbaik.

Pada msuim lalu juga, Nani banyak menghabiskan masa di bangku simpanan.

Marcos Rojo, Manchester United

Artikel Lain