suria

Badminton: V Shem-Khim Wah Dipisahkan Selepas Kejohanan Dunia

Khim Wah (kiri) dan V Shem akan dipisahkan selepas kejohanan dunia ini.

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu badminton negara yang menjuarai Terbuka Malaysia baru-baru ini, Goh V Shem-Lim Khim Wah akan dipisahkan selepas Kejohanan Dunia di Conpehagen,Denmark pada 25 hingga 31 Ogos ini.

Seperti dijangka, V Shem akan kembali dengan pasangan lamanya, Tan Wee Kiong.

V Shem-Wee Kiong mempamerkan aksi mantap ketika saingan akhir Piala Thomas di New Delhi Mei lalu. Malah mereka turut menghadiahkan pingat emas ketika beraksi pada Sukan Komanwel di Glasgow baru-baru ini.

Manakala Khim Wah akan digandingkan dengan juara dunia remaja dua kali, Ow Yao Han dan mereka dijangka akan beraksi dalam semua kejohanan Terbuka selepas Kejuaraan Dunia nanti.

Hoon Thien akan kekal berpasangan dengan Tan Boon Heong.

Menurut jurulatih beregu negara, Pang Chen Chang: "Ya, kami telah membuat perubahan. Kami membuat keputusan untuk memisahkan V Shem dan Khim Wah. 

"Khim Wah akan bergandingan dengan Yao Han."

Buat masa ini, Chen Chang berharap semua pemain akan memberi fokus untuk kejohanan dunia nanti.

Dalam aksi beregu, Malaysia akan diwakili oleh  tiga pasangan -Thien How/Wee Kiong, Khim Wah/V Shem dan Koo Kein Keat/Boon Heong.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain