suria

Selepas Ikat Kompany Dan Silva City Kini Lanjutkan Kontrak Aguero

Sergio Aguero - foto AP

> Juara Liga Perdana itu kini telah melabur £175 juta dalam tempoh 4 hari

> Sergio Aguero menandatangani kontrak baru lima tahun

> Aguero ikut jejak langkah Vincent Kompany dan David Silva

> City pecah rekod perpindahan British untuk pemain pertahanan Eliaquim Mangala dari Porto

> Joe Hart, Edin Dzeko dan James Milner juga akan ditawarkan kontrak baru

PEMAIN antarabangsa Argentina, Sergio Aguero telah mengikuti jejak langkah kapten pasukan  Vincent Kompany dan pemain Sepanyol David Silva, dengan menandatangani kontrak baru lima tahun bersama Manchester City.

Dengan pembaharuan kontrak Aguero itu, Manchester City kini telah melaburkan £175 juta ke atas tiga pemain mereka dalam tempoh empat hari.

Kontrak baru ini membolehkan Aguero memperolehi gaji mingguan sebanyak £150,000. Kontrak baru Kompany dikatakan bernilai £120,000 seminggu manakala Silva pula £140,000.

City sebelum itu telah memecahkan rekod perpindahan British bagi seorang pemain pertahanan apabila mereka membayar FC Porto £32 juta untuk pemain antarabangsa Perancis, Eliaquim Mangala.

Mangala juga diberikan kontrak jangka panjang iaitu lima tahun dengan nilai bayaran gaji sebanyak £100,000 seminggu.

Pada masa yang sama, penjaga gol Joe Hart, penyerang Bosnia, Edin Dzeko dan pemain tengah antarabangsa England, James Milner sedang menunggu giliran untuk memperbaharui kontrak mereka dengan City.

Aguero, 26, adalah menantu kepada Diego Maradona tetapi prestasinya pada Piala Dunia di Brazil tidak begitu menyerlah kerana dibelenggu kecederaan lutut.

Namun begitu, di sebalik kecederaan yang sering dihadapinya, Aguero tetap muncul sebagai penjaring terbanyak City dengan 28 gol musim lalu.

Aguero masih diberi masa untuk rehat selama tiga minggu lagi.

Artikel Lain