suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hukuman Suarez Kekal, Tapi Dibenarkan Berlatih Bersama Barcelona

BERNE: Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS), membenarkan penyerang Uruguay, Luis Suarez berlatih bersama skuad Barcelona walaupun digantung empat bulan kerana menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini. 

CAS, dalam satu kenyataan berkata klausa yang menggantung pemain berusia 27 tahun itu daripada sebarang aktiviti bola sepak dikeluarkan berikutan rayuan daripada Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF) bagi pihak Suarez.

Pemain baharu Barcelona itu kekal tidak dapat beraksi dalam perlawanan rasmi dalam tempoh empat bulan dan dalam sembilan perlawanan antarabangsa, mengikut keputusan asal selepas berlakunya insiden itu dalam Piala Dunia di Brazil, Jun lalu.

Jurucakap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), berkata dia boleh bermain dalam perlawanan persahabatan untuk kelab dan negara yang membolehkan dia beraksi menentang kelab Mexico, Leon, 18 Ogos ini jika disenaraikan. 

Suarez, Barcelona, CAS

Artikel Lain