suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maradona Tampar Wartawan Di Buenos Aires

LEGENDA bola sepak Argentina, Diego Maradona tidak lekang dengan kontroversi selepas kali ini dilihat menampar seorang wartawan di Buenos Aires pada Sabtu lalu.

Maradona menampar muka wartawan itu kerana lelaki itu dikatakan mengenyit mata kepada bekas isterinya, Veronica Ojeda.

Kapten Piala Dunia 1986 itu pada mulanya berada di dalam kereta, dikelilingi pihak media dan peminat-peminat.

Dia kelihatan gembira mencium anak lelakinya sambil ditemui media selepas menyambut majlis Hari Kanak-Kanak, namun beberapa minit selepas itu, anginnya terus berubah.

Maradona terus keluar dari keretanya dan menuju ke arah seorang wartawan tersebut.

Kedengaran Maradona berkata: "Kenapa mencari masalah dengan isteri saya jika saya tidak ada masalah dengan kamu?" sebelum dia menampar lelaki terbabit di muka.

Artikel Lain