suria

Man United Sasar Alex Song Jika Gagal Dapatkan Vidal

MANCHESTER United dilaporkan bersedia untuk mendapatkan pemain tengah Barcelona, Alex Song jika usaha mereka bagi menandatangani pemain Juventus, Arturo Vidal gagal.

The Red Devil sebelum ini telah membuat perbincangan terbuka mengenai pemindahan bintang Chile bernilai £45 juta tetapi United perlu meneliti beberapa perkara sebelum membuat keputusan akhir.

Hal ini kerana, pengendali United, Louis van Gaal mengambil berat mengenai tahap kecergasan Vidal berikutan rekod kecederaan lutut dan pergelangan kaki yang dialami pemain terbabit.

United 'will target Barcelona's Song should Vidal transfer collapse'

Pemain berusia 27 tahun itu dilaporkan telah mendapatkan pengesahan mengenai  kecederaan yang telah pulih tetapi van Gaal turut meletakkan Song sebagai pilihan seterunya.

Bekas pemain Arsenal itu gagal tampil sebagai pemain tengah utama sejak berhijrah pada 2012 ke Barcelona. Bagaimanapun dia masih tampil dengan aksi memberangsangkan ketika mewakili Cameroon.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain