suria

Arteta Calon Ketua Pasukan Arsenal, Vermaelen Ke Barcelona

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger bersedia menyerahkan tanggungjawab kapten pasukan kepada Mikel Arteta selepas kelab itu membuat keputusan untuk menjual Thomas Vermaelen.

Vermaelen yang merupakan kapten pasukan tersebut sebelum ini akan dijual kepada Barcelona selepas Arsenal enggan membiarkan pemain itu berhijrah ke United.

Arteta yang merupakan penolong ketua pasukan sebelum tampil sebagai calon utama selain Per Mertesacker mungkin akan dilantik sebagai penolongnya.

Vermaelen merupakan penolong ketua pasukan ketika Robin van Persie mengetuai Arsenal, namun dia dinaikkan pangkat apabila penyerang itu berhijrah ke Manchester United pada 2012.

Pemain tengah itu yang dikaitkan dengan United kini dilaporkan semakin hampir ke Barcelona.

Arsenal, Manchester United, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Lain