suria

ATP Toronto: Tsonga Benam Murray, Mara Ke Separuh Akhir

Tsonga menewaskan Murray pada aksi suku akhir, awal pagi Sabtu.
PEMAIN Perancis, Jo-Wilfried Tsonga bangkit selepas ketinggalan dengan menundukkan Andy Murray dari Britain, 7-6 7-6(5) 4-6 6-4, awal pagi Sabtu untuk menempah tiket ke pusingan separuh akhir kejohanan Toronto Masters.

Murray mendahului dengan 3-0 pada set penentuan tetapi Tsonga bangkit melakukan kejutan pada saat-saat akhir, sekaligus mengubah rentak permainan suku akhir itu.

"Saya bermula dengan baik sejak awal permainan tetapi Jo berjaya bangkit untuk memenangi permainan ini. Dia antara pemain terbaik, pergerakannya begitu pantas," kata Murray.

Tsonga mengekalkan aksi konsisten selepas menundukkan pemain No.1 dunia, Novak Djokovic pada pusingan ketiga, Selasa lalu.

Beliau yang juga pemain ke-15 dunia akan bertemu sama ada Grigor Dimitrov atau Kevin Anderson di separuh akhir.
ATP Toronto Masters

Artikel Berikut

Artikel Lain