suria

Lampard Bukan Ancaman Chelsea - Manuel Pellegrini

PENGENDALI Manchester City, Manuel Pellegrini, menyifatkan Frank Lampard bukan satu ancaman kepada Chelsea jika kedua-dua pasukan bertemu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas ini.

Pellegrini mengeluarkan kenyataan tersebut selepas pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberi amaran kepada penyokong Chelsea bahawa Lampard bakal melemahkan kekuatan pasukan kesayangan mereka dengan membocor rahsia yang ada.

Manuel Pellegrini - Manchester City midfielder Frank Lampard is no traitor – Chelsea didn't want him any more, says Manuel Pellegrini
Manuel Pellegrini

Lampard yang mewakili Chelsea selama 13 tahun meninggalkan kelab tersebut sebelum menandatangani perjanjian dengan New York City FC. Dia kemudian dipinjamkan kepaca City sehingga Januari.

Tindakan Lampard menyarung jersi City menjadi satu kejutan yang tidak dapat diterima oleh penyokong kelab itu walaupun ia direstui Jose Mourinho.

Berikutan itu, penyokong Chelsea kini menganggap Lampard, 36, sebagai ancaman kepada kelab berkenaan jika dia bermain menentang bekas skuadnya selepas ini.

Chelsea, Arsenal, Manchester City

Artikel Lain