suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lampard Bakal Sertai Manchester City

Frank Lampard.
FRANK Lampard dilaporkan akan menyarung jersi Manchester City secara pinjaman pada musim ini.

Lampard, 36, menamatkan kariernya selama 13 tahun bersama Chelsea pada musim panas lalu dan menyertai pendatang baru Major League Soccer (MLS), New York City FC (NYCFC), bulan lalu.

Bagaimanapun, kemunculan sulung NYCFC dalam aksi MLS hanya akan bermula sehingga Mac 2015.

Menurut laporan The Guardian, Lampard didakwa akan kembali ke kancah saingan Liga Perdana Inggeris dengan menyertai seteru Chelsea iaitu Manchester City.

City mahupun Queens Park Rangers dilaporkan berhasrat untuk mendapatkan khidmat Lampard pada Januari lalu tetapi tidak berjaya.

Jika perpindahan itu termeterai, Lampard dijangka menjadi pemain pilihan utama skuad kendalian pengurus Manuel Pellegrini bagi menghadapi aksi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini.

Frank Lampard, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Lain