suria

Skuasy: Nicol & Wee Wern Kalah Kepada Pasangan England

Low Wee Wern (kiri) bersama Nicol Ann David. (gambar fail).
GLASGOW: Malaysia kalah kepada England dalam acara beregu wanita peringkat suku akhir Sukan Komanwel ke-20 di sini pada Khamis.

Datuk Nicol Ann dan pasangannya Low Wee Wern kalah 11-10 dan 11-8 kepada pasangan Alison Waters dan Emma Beddoes.

"Ia perlawanan sengit. Set pertama adalah sama kuat, tetapi kami kalah. Saya harap saya dapat lakukan lebih baik untuk Malaysia dengan memberi satu lagi pingat dalam acara beregu," kata Nicol yang memenangi pingat emas dalam acara perseorangan.


Selepas Sukan Komanwel, Nicol akan kembali ke Amsterdam untuk meneruskan latihan sebagai persediaan menghadapi beberapa kejohanan termasuk Terbuka Malaysia dan Sukan Asia.

Nicol dan Wee Wern layak ke suku akhir selepas mengalahkan pasangan Sri Lanka Mihiliya Methasarani-Nadhindhi Udangawa 11-2 and 11-2 di pusingan awal peringkat kumpulan.

Pasangan England akan berhadapan rakan senagara mereka dan pilihan utama Laura Massaro-Jenny di separuh akhir.

Laura dan Jenny sebelum itu mengalahkan pasangan Australia dan pilihan ketujuh kejohanan Lisa Camilleri-Donna Urquhart 11-7 dan 11-4.


Nicol, Wee Wern, Skuasy, Komanwel 2014

Artikel Lain