suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Gaal Pasang Kamera, Awasi Pemain Man United Ketika Latihan

PERTAHANAN Manchester United mendedahkan, kedatangan Louis van Gaal bukan membawa aura baharu untuk pasukan berkenaan tetapi satu revolusi lebih besar termasuk sesi latihan.

Jonny Evans memberitahu, latihan yang dikendalikan Van Gaal kini tidak boleh dipandang remeh kerana pemain turut dipantau oleh kamera yang dipasang di setiap sudut padang.

Selain itu, Van Gaal yang memulakan tugasnya di Old Trafford sejak dua minggu lalu juga sedang berusaha melakukan perubahan formasi kepada 3-4-1-2.

Ujian formasi baru itu dilakukan jurulatih berkenaan dalam jelajah United ke Amerika Syarikat termasuk perlawanan bertemu Real Madrid dalam saingan Piala Juara Antarabangsa.

Bekas jurulatih Belanda itu turut dilaporkan melakukan perubahan besar pada waktu latihan dan kem latihan di Carrington.

Evans berkata, United membelanjakan sebanyak £3 juta untuk menaiktaraf kem latihan dan segala perubahan dijangka akan membawa kejutan selepas ini.

"Saya melihat semua perkara termasuk latihan dilakukan dengan lebih terperinci ketika ini. Kelab membelanjakan berjuta pound untuk melakukan perubahan dan memasang kamera di setiap sudut padang.

"Banyak kelab ternama telah menggunakan kaedah ini, tetapi kami ingin melakukan perkara yang lebih terperinci," jelasnya.

Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain