suria

Liverpool Bantu Man United Dapatkan Mats Hummels

MUSUH ketat Manchester United iaitu Liverpool bakal menentukan hasrat skuad bimbingan Louis van Gaal untuk mendapatkan pertahanan Jerman, Mats Hummels.

Hal ini kerana, Borussia Dortmund akan hanya melepaskan Hummels sekiranya Liverpool membenarkan kelab Jerman berkenaan meminjamkan Tiago llori.

Berikutan kemahuan Dortmund untuk melepaskan petahanan tengah itu, Van Gaal dilaporkan telah melakukan bidaan semula bernilai £20 juta pada khamis.

Usaha United untuk mendapatkan pertahanan skuad juara Piala Dunia juga semakin menjadi nyata apabila pengurus Liverpool sedia membenarkan Tiago, 21,  ke Dortmund.

Mats Hummels

Thiago menjadi milik Liverpool pada tahun lalu selepas berhijrah dari Sporting Lisbon sebelum dipinjamkan ke kelab Sepanyol, Granada untuk menimba pengalaman.

Liverpool dilaporkan gembira sekiranya Thiago dapat menimba pengalaman di Bundesliga sebelum kembali ke kelab berkenaan.

Hummels merupakan pemain yang diminati Van Gaal sejak beberapa tahun lalu dan pastinya United perlu berkerja keras untuk mendapatkan pemain berkenaan selepas mereka kehilangan Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand.

Bagaimanapun, menjadi amalan Dortmund untuk melepaskan hanya seorang pemain utama pada setiap tahun dan kesempatan itu telah digunakan Bayern Munich untuk mendapatkan Robert Lewandowski.

Liverpool, Manchester United

Artikel Lain