suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pandelela Puas Hati Dengan Pingat Perak

EDINBURGH: Walaupun gagal mengekalkan pingat emas yang dimenanginya empat tahun lepas di New Delhi, India, Pandelela Rinong Pamg berpuas hati dengan pencapaian pingat perak acara kegemarannya, 10m platform individu.

"Saya memang puas hati dengan pingat perak di sini. Lagipun saya berehat lama sebelum ke sini sebab kecederaan lutut kiri. Kecederaan itu sudahpun beransur pulih," katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Pandelela, beliau terpaksa berehat selama tiga minggu akibat kecederaan itu dan hanya berlatih menggunakan platform lima meter sahaja sebagai persediaan menghadapi Sukan Komanwel ke-20 ini.

"Janganlah semua bimbang, kecederaan saya semakin pulih dan mungkin pulih sepenuhnya untuk menghadapi Sukan Asia," katanya.

Dalam saingan peringkat akhir acara 10m platform individu wanita di Kolam Renang Royal Commonwealth, pada Khamis, Pandelela mengumpul 368.55 mata, ketinggalan hanya 4.10 mata di belakang penerjun Kanada, Meaghan Benfeito yang mencatat 372.65 mata untuk pingat emas.

Pingat gangsa menjadi milik seorang lagi penerjun Kanada, Roseline Filion dengan 361.80 mata. 

Pada saingan pembukaan acara terjun semalam, Pandelela Rinong yang pertama kali bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri meraih pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama wanita.

Dalam perkembangan yang sama, jurulatih terjun skuad kebangsaan, Yang Zhuliang berbangga dengan pencapaian yang diperolehi Pandelela.

"Beliau seorang penerjun yang amat tabah dan bersemangat waja. Selepas mengalami kecederaan semasa menjalani latihan di China, doktor menasihatkannya berehat selama sebulan untuk benar-benar pulih.

"Tetapi beliau seorang penerjun bersemangat waja, selepas dua minggu beliau kembali menjalani latihan," kata Yang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tze Liang Tuai Emas

Artikel Lain