suria

Arturo Vidal Tuntut Dilepaskan Juventus Untuk Ke Man United

ARTURO Vidal dilaporkan menuntut Juventus melepaskanya dalam tempoh 24 jam bagi membolehkan dia menyertai Manchester United.

Akhbar sukan Chile melaporkan, ejen pemain tengah itu, Fernando Felicevich didakwa sedang berkerja pada setiap jam untuk membincangkan mengenai pemindahan itu walaupun Juventus mahu Vidal terus kekal.

Sehubungan itu juga,  Felicevich kini sedang bersiap sedia untuk bertemu dengan Pengarah Juventus, Giuseppe Marotta pada Khamis bagi memaklumkan mengenai pemindahan pemain Chile itu ke United.

Juara Serie A, Juventus dikhabarkan enggan melepaskan Vidal kerana pemain berkenaan telah mempamerkan kematangan sepanjang kempen Piala Dunia lalu.

Bagaimanapun, pemain berusia 27 tahun itu yang berpindah ke Juventus dari Bayer Leverkusen pada 2011 tetapi berkeras untuk ke United meskipun baru menandatangani kontrak baharu pada hujung tahun lalu.

Juventus, Manchester United

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa

Artikel Berikut

Artikel Lain