suria

Romelu Lukaku Tinggalkan Chelsea, Pilih Everton

ROMELU Lukaku hampir melengkapkan perpindahan dari Chelsea ke Everton dengan yuran perpindahan bernilai £25 juta.

Penyerang itu yang dijangka menyertai kem latihan Jose Mourinho pada petang Rabu mengambil tindakan untuk terus ke Everton dari Belgium bagi melengkapkan pemindahan.

Lukaku, 21, ditawarkan gaji sebanyak £75,000 oleh Everton selepas dia berjaya membantu skuad berkenaan sepanjang tempoh pinjaman tahun lalu.

Pada Rabu, peminat Chelsea ceria dengan status pada laman sosial Lukaku yang memberitahu dalam perjalanan untuk memulakan episod baharu dalam hidupnya.

Banyak pihak menjangkakan pemain terbabit akan bersama Chelsea, tetapi akhirnya dia memilih Everton. 

Not wanted: Lukaku has spent the last two seasons out on loan after joining Chelsea in 2011

Chelsea, Everton

Artikel Lain