suria

Liverpool Pamer Kebangkitan Tewaskan Manchester City

LIVERPOOL mempamerkan kebangkitan awal untuk menguasai Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Manchester City 3-1 menerusi penentuan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam saingan Piala Juara Antarabangsa di New York pagi Khamis.

Perlawanan bagi kumpulan B itu berlangsung di Stadium Yankee.

Dalam kejohanan pramusim itu, Steven Jovetic muncul wira City apabila berjaya menyumbat dua gol dan meletakkan pasukannya dihadapan dengan kedudukan 2-1.

Bagaimanapun, aksi skuad naib juara EPL juga tidak boleh dipandang rendah apabila Sterling berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-85 selepas Henderson mendapakan jaringan pertama (minit ke-59).

Fernandinho (kiri) menerima tekanan daripada pemain Liverpool Philippe Coutinho. 

Dalam perlawanan yang menjadi ukuran bagi kedua-dua pasukan sebelum memulakan EPL musim 2015/16, Liverpool membariskan Jones (Mignolet 46), Kelly (Johnson 46), Toure, Coates (Sakho 76), Enrique (Robinson 46), Gerrard (Lucas 76), Henderson, Allen (Can 65), Coutinho, Lambert (Sterling 46), Sturridge.

Manakala Manchester City pula membariskan Caballero (Hart 46), Clichy (Richards 70), Kolarov, Boyata, Nastasic, Fernando, Navas, Zuculini, Milner (Sinclair 46), Jovetic (Toure 70), Dzeko (Iheanacho 46).


Pada perlawanan pembukaan sebelum ini, Liverpool berjaya menewaskan Olympiacos 1-0 manakala City membelasah AC Milan 5-1.

Juara kumpulan B akan bertemu juara kumpulan A yang dikuasai Real Madrid dan Manchester United.

Liverpool, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain