suria

Van Gaal Berhak Kritik Saya Tidak Cukup 'Fit' - Luke Shaw

Luke Shaw. Foto AP

LUKE Shaw berkata, pengurus pasukannya, Louis van Gaal berhak untuk menyatakan kepada umum mengenai tahap kecergasannya yang tidak memenuhi standard di Manchester United.

Dalam satu temuramah selepas Manchester United menang dalam perlawanan bertemu Inter Milan di Washington pada pagi Rabu, Shaw mengakui bahawa Louis van Gaal mempunyai hak untuk mengkritiknya mengenai kelemahan dari segi kecergasannya.

Pemain muda berusia 19 tahun itu mengakui bahawa situasi dia dipandang ringan itu merupakan cabaran dalam perpindahannya dari Southampton ke Manchester United.

Van Gaal dalam sidang media sebelum ini mendedahkan bahawa Shaw perlu menjalani program latihan khas.

Pengurus Manchester United itu nampaknya tidak begitu gembira dengan perpindahan remaja itu.

Shaw bagaimanapun menerima tindakan Van Gaal dalam membuat kritikan mengenainya kepada umum.

"Sudah tentu, saya telah melihatnya, dan ia merupakan sesuatu yang saya benar-benar setuju," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Van Gaal.

"Untuk bermain dalam pasukan ini, anda perlu betul-betul 'fit'. Saya 'fit' tetapi saya tidak berada pada tahap tinggi seperti yang dia (Van Gaal) mahukan. Saya perlu menjadi lebih 'fit' lagi. Saya perlu melakukan sesuatu untuk mencapai standard itu."

Artikel Lain