suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang Muda Belgium, Divock Origi Milik Liverpool

LIVERPOOL mengumumkan telah menandatangani pemain muda Belgium, Divock Origi dengan yuran perpindahan sebanyak £10 juta pada Rabu.

Pemain berusia 19 tahun itu telah menyelesaikan pemeriksaan perubatan di Amerika Syarikat dan akan bersama kelab berkenaan pada hujung minggu ini untuk memulakan Liga Perdana Inggeris musim 2015-16.

Liverpool memberi perhatian serius untuk mendapatkan Origi kerana pemain terbabit dilihat sebagai bintang masa depan kelab berkenaan.

Turut bersaing bagi mendapatkan Origi ialah Atletico Madrid dan Tottenham.

Origi merupakan pembelian keenam Liverpool selepas kelab berkenaan mendapatkan Rickie Lambert, Adam Lallana, Emre Can, Lazar Markovic dan Dejan Lovren.

Keseluruhan kos yang dibelanja Liverpool setakat ini bagi mendapatkan pemain baharu adalah sebanyak £94 juta.

Liverpool

Artikel Lain