suria

Man United Lakar Kemenangan Ketiga Dibawah Van Gaal

MANCHESTER United berjaya melakar kemenangan ketiga berturut-turut dibawah kendalian Louis van Gaal dalam jelajahnya ke Amerika Syarikat (AS).

Dalam perlawanan bertemu Inter Milan di Washington pada pagi Rabu, United berjaya menewaskan kelab Itali itu  5-3 menerusi penentuan penalti selepas perlawanan terikat 0-0 sepanjang 90 minit.

Antara pemain United yang berjaya memastikan kemenangan dalam penentuan penalti ialah Ashley Young, Javier Hernandez, Tom Cleverley, Shinji Kagawa dan Darren Fletcher.

Pleased as punch: Fletcher celebrates with United goalkeeper David De Gea after the shoot-out win that kept Louis van Gaal's 100 per cent record going

Formasi 3-5-2 yang disukai Van Gaal dan sering dikritik oleh peminatnya di England kini seakan membawa tuah untuk pasukan itu merangkul Piala Juara Antarabangsa yang dianjurkan sebagai kejohanan pemanas badan.

Antara lain yang menarik perhatian dalam perlawanan tersebut ialah penampilan bekas pertahahan United, Nemanja Vidic yang kini berkhidmat untuk Inter Milan untuk musim pertama.

You look familiar: Former Man United defender Nemanja Vidic, who moved to Inter Milan earlier in the summer, walks out to face his former club

Dalam dua perlawanan sebelum ini, United berjaya membelasah LA Galaxy 7-0 dan Roma.

Pemain tengah baharu United, Ander Herrera berjaya memainkan peranannya sebagai 'arkitek' dalam perlawanan tersebut, manakala pertahanan kiri Luke Shaw direhatkan kerana tidak cergas sepenuhnya.

Letting fly: Ander Herrera has an attempt at goal for United, who were wearing their new blue third kit for the first time

Ander Herrera kiri melepaskan rembatan.


Manchester United

Artikel Berikut

Bapa Carlos Tevez Diculik

Artikel Lain