suria

Bapa Carlos Tevez Diculik

BAPA kepada bekas pemain Manchester City dan United, Carlos Tevez dilaporkan telah diculik di Argentina pada pagi Selasa.

Bagaimanapun, lelaki itu yang diculik pada pukul 7 pagi waktu tempatan telah dibebaskan selepas beberapa jam, lapor media negara tersebut.

Ketika kejadian, Tevez yang merupakan penyerang Juventus telah diminta wang tebusan dalam jumlah kecil kerana penjenayah tidak mengetahui latar belakang individu yang diculik.

Penculik melarikan lelaki terbabit kerana dia menaiki sebuah kereta mewah.

Laporan media mendakwa, tindakan Tevez membayar wang tebusan dalam jumlah yang dituntut menyebabkan bapanya dapat dibebaskan dengan lebih awal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain