suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nicol Jumpa Laura Penentuan Emas Hari Ini

GLASGOW: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David berada di landasan yang betul untuk mempertahankan pingat emasnya selepas melangkah ke final pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di sini, Ahad.

Dalam saingan separuh akhir, Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, menampilkan aksi cemerlang untuk menyingkirkan pemain New Zealand, Joelle King, dengan kemenangan straight-set 11-6, 11-8 dan 11-5.

"Saya terpaksa memperagakan permainan yang terbaik selepas Joelle memberi tentangan sengit pada dua set pertama.

"Saya terpaksa bekerja keras dan mengawal perlawanan apabila melihat dia begitu berazam dan yakin," kata Nicol kepada pemberita selepas pertarungan selama 39 minit itu.

Nicol akan berdepan dengan pemain England, Laura Massaro, pada final esok.

Sementara itu, Laura menempah slot final selepas menewaskan rakan senegara Alison Waters 11-5, 12-14, 11-3 dan 11-8 dalam satu lagi pertemuan separuh akhir.
Nicol Ann David

Artikel Berikut

Artikel Lain