suria

Daniel Ricciardo Ungguli F1 Grand Prix Hungary

DANIEL Ricciardo memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Hungary, sekali gus menjadikan kemenangan kedua buat beliau pada musim ini.

Ricciardo mengatasi masalah kuasa untuk menamatkan perlumbaan lebih awal berbanding Fernando Alonso dan Lewis Hamilton selepas memulakan pada petak keempat.

Fernando Alonso menduduki tempat kedua manakala Lewis Hamilton ketiga, memperlihatkan Ricciardo merebut kedudukan di podim secara luar biasa.

Dengan lapan pusingan dalam perlumbaan pada Ahad, kedudukan tiga teratas Alonso, Hamilton dan Ricciardo dipisahkan oleh kiraan waktu tidak lebih 1.7 saat menjadikannya sebagai salah satu penamat perlumbaan paling mendebarkan dalam musim F1 setakat ini. 

Kedudukan:

1-Daniel Ricciardo (Red Bull)

2-Fernando Alonso (Ferrari)

3-Lewis Hamilton (Mercedes)

4-Nico Rosberg (Mercedes)

5-Felipe Massa (Williams)

6-Kimi Raikkonen (Ferrari)

7-Sebastian Vettel (Red Bull)




Artikel Lain