suria

Mo Farah Tarik Diri Dari Aksi Sukan Komanwel

JUARA Olimpik dua kali, Mo Farah menarik diri daripada beraksi pada Sukan Komanwel di Glasgow pada Khamis  selepas kesakitan di bahagian perut.

Farah, 31 tahun sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital dengan kesakitan yang sama.

Farah menjadi harapan untuk kontinjen England bagi meraih pingat emas dalam acara kegemarannya, 5,000 dan 10,000 meter.

Berita tersebut didedahkan selepas majlis pembukaan Sukan Komanwel di Celtic Park.

Farah berkata:” Saya membuat keputusan yang sukar untuk menarik diri pada Sukan Komanwel. 

“Sudah dua minggu saya menangggung kesakitan ini”.

Chef de mission England berkata, ia sesuatu yang mengecewakan kepada mana-mana atlet jika berlaku kecederaan, namun ia perlu dihadapi dengan baik.

“Kami berharap Farah akan kembali berada di kemuncak secepat mungkin,” Jan Paterson.

Bagi penampilan di Glasgoq ini, Farah telah menjalani latihan keras di Font Romeu , namun sebaliknya berlaku.

Aksi akhir 5,000m dijangka akan berlangsung awal pagi Isnin.

“Saya memang mahu gelaran juara Sukan Komanwel ini, menambah koleksi bersama gelaran Olimpik dan juara dunia namun ia berlaku terlalu cepat.

Fizikal saya tidak mampu menampung kesakitan ini”.

Mo Farah, Sukan Komanwel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain