suria

Lampard Ikat Kontrak 2 Tahun Bersama New York City FC

BEKAS pemain tengah Chelsea, Frank Lampard menandatangani kontrak baharu bersama kelab Major League Soccer (MLS), New York City FC.

Lampard 36 tahun meninggalkan Chelsea pda Jun lalu selepas 13 tahun bersama kelab di London ini yang menyaksikan dia membantu The Blues menjulang tiga kali gelaran juara Liga Perdana, empat Piala FA, dua Piala Liga, Liga Europa dan Liga Juara-Juara.

 “Ia merupakan satu perjalanan hidup yang menarik. Saya melalui 13 tahun bersama Chelsea yang amat membanggakan.

“Di sini pula terbayang visi yang panjang, dan ingin menjadi sebahagian daripadanya.

 “Saya mahu membawa cabaran yang maksimum di atas padang,” jelas Lampard.

 Lampard telah beraksi 106 perlawanan bersama Engand dan merupakan sebahagian pemain Piala Dunia 2014 sehinga aksi terakhir peringkat kumpulan bertemu Costa Rica.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain