suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hummels Hampiri Old Trafford Dari Borussia Dortmund

PEMAIN pertahanan Jerman, Mats Hummels dilaporkan akan bersama pengurus baharu Manchester United, Louis van Gaal di Old Trafford.

Pemain berusia 25 tahun itu mempamerkan aksi menakjubkan ketika Piala Dunia bulan lalu yang menyaksikan pasukannya menjulang trofi juara di Brazil.

Nilai perpindahah Hummels dari Borussia Dortmund ke United dianggarkan lebih kurang 16 juta pound (RM87 juta).

Selepas membuat pengumuman mengenai pemain baharu yang akan dibeli ini, Timbalan Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward meninggal jelajah United di Amerika Syarikat atas alasan ada ‘urusan besar perniagaan ’.

Ketika jelajah United musim lalu, Woodward juga meninggalkan pasukan dengan alasan ‘perpindahan kecemasan perniagaan’.

United dilihat terdesak mencari pemain pertahanan selepas Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand berpindah ke kelab lain musim baharu nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain