suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alexis Sanchez Tolak Tawaran Juventus, AC Milan Untuk Ke Arsenal

PEMAIN sayap Barcelona, Alexis Sanchez dilaporkan telah diterbangkan ke London bagi menyelesaikan urusan perpindahan ke Arsenal selepas menolak tawaran Juventus dan AC Milan.

The Gunners dilaporkan telah bersetuju dengan yuran perpindahan sebanyak  £32 juta untuk mendapatkan Sanchez.

Menurut laporan akhbar Itali, pemain Chile itu yang enggan ke Liverpool sejak minggu lalu turut mendapat tawaran gaji lumayan daripada Juventus dan AC Milan.

Bagaimanapun, Sanchez menolak tawaran tersebut untuk memilih Liga Perdana Inggeris dan beraksi untuk Arsenal.

Berikutan itu Arsenal sediakan memberikan kenaikan gaji lebih tinggi kepada Sanchez berbanding £75,000 seminggu yang diperolehi daripada Barcelona sebelum ini.

Sanchez juga bakal menerima pelbagai kelebihan lain apabila menandatangani kontrak bersama Arsenal dalam tempoh terdekat.

Jersi nombor sembilan Barcelona yang ditinggalkan Sanchez akan diberikan kepada Luis Suarez.

Arsenal, Barcelona

Artikel Lain