suria

Van Gaal Mampu Naikkan 25 Peratus Prestasi United - Scholes

LOUIS van Gaal diyakini dapat meningkatkan prestasi Manchester United sebanyak 25 peratus sekurang-kurangnya pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Keyakinan itu disuarakan oleh bekas pemain tengah United, Paul Scholes bagi menjawab mengenai masa depan kelab itu selepas gagal bersaingan dalam Liga Juara-juara Eropah kerana menghuni tangga ke-10 liga angkara bimbingan David Moyes selama 10 bulan.

Jurulatih dari Belanda yang pernah membimbing Barcelona dan Bayern Munich mula membina semula United dengan pembelian Ander Hererra dan Luke Shaw bernilai £60 juta.

Scholes yang berkerja bersama Ryan Giggs sebagai pembantu Van Gaal di United kini teruja untuk memulakan tugas bersama jurulatih ternama itu.

"Saya dan penyokong United tidak sabar lagi untuk melihat Van Gaal memulakan tugas di Old Trafford.

"Dia berjaya membawa Belanda ke ambang final dengan jayanya, oleh itu dia juga pasti boleh membawa sesuatu kepada United pada musim depan," ujarnya.

Manchester United

Artikel Lain