suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerman Ke Final Piala Dunia, Tewaskan Brazil 7-1

JERMAN mara ke final Piala Dunia 2014 selepas menang besar 7-1 ke atas Brazil pada saingan separuh akhir di Stadium Mineirao awal pagi Rabu.

Kali terakhir Jerman beraksi pada saingan akhir Piala Dunia pada tahun 2002, namun tewas 2-0 kepada Brazil.

Pada dua edisi sebelum ini (2006,2010) anak buah Joachim Low ini terkandas pada saingan ini dan menduduki tempat ketiga.

Thomas Mueller membuka jaringan pada minit ke-11 diikuti Klose m-23, Kroos m-24,26 sebelum Sami Khedira melengkapkan jaringan kelima pada babak pertama perlawanan.

Ketiadaan ayam tambatan Brazil, Neymar yang mengalami kecederaan membuatkan pasukan Felipe Scolari ini serba tidak menjadi.

Andre Schurrle menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua (m-69,79) untuk berpesta tujuh gol keseluruhan.

Minit terakhir permainan, Brazil mendapat gol saguhati melalui Oscar minit ke-90.

Jerman pernah merangkul gelaran juara Piala Dunia pada tahun 1954,1974 dan kali terakhir 1990.

Senarai pemain

Brazil: Julio Cesar; Maicon, Dante, David Luiz, Marcelo; Luiz Gustavo, Fernandinho; Hulk, Oscar, Bernard; Fred  

Jerman: Neuer; Lahm, Boateng, Hummels, Howedes; Schweinsteiger, Khedira; Muller, Kroos, Ozil; Klose.

jerman, separuh akhir, brazil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain