suria

Keluar Chelsea Atau Jadi Pemain Tetap - Lukaku

PENYERANG Chelsea, Romelu Lukaku mahu meninggalkan kelab ini buat selama-lamanya jika terus dipinjamkan ke kelab lain.

Lukaku sebelum ini menghabiskan tempoh dua tahun bermain secara pinjaman di West Brom dan Everton dan pemain berusia 21 tahun ini tidak sanggup mencatat hatrik beraksi di luar Stamford Bridge.

Bagaimanapun dia mengharapkan untuk beraksi dengan kelab ini sebagai pemain tetap.

"Saya tidak mahu dipinjamkan lagi. 

"Saya sudah berusia 21 tahun dan telah dipinjamkan sejak dua musim lalu. 

"Thibaut Courtois dipinjamkan selama tiga musim dan akan menjadi penjaga gol pertama Chelsea tanpa ragu-ragu.

"Dan Kevin De Bruyne telah dipindahkan secara tetap ke Wolfsburg. Mereka bebas dengan cara sendiri-itu bukan masalah saya. Saya mahu bebas secara keseluruhannya".

Pemain Belgium ini turut dikaitan dengan beberapa kelab di Eropah selepas mempamerkan aksi cemerlang pada Piala Dunia dengan menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan ke atas Amerika Syarikat.

Penyerang berpotensi tinggi ini bernilai £18 juta dikaitkan dengan Atletico Madrid, Juventus dan Monaco.

Laporan di Sepanyol mengatakan perjanjian sudah selesai dengan finalis Liga Juara-Juara itu.

romelu lukaku, chelsea, belgium

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain