suria

Low Mahu Pengadil Peka Dengan Sentuhan Kasar

JURULATIH Jerman, Joachim Low mula melancarkan serangan psikologi terhadap pegawai perlawanan menjelang perlawanan separuh akhir bertemu Brazil awal pagi Rabu.

Low memberi tekanan kepada pengadil yang bakal mengendalikan perlawanan ini, Marco Rodriguez.

Low percaya sesetengah sentuhan fizikal yang berlaku pada Piala Dunia setakat ini dianggap 'melampaui batasan' yang mungkin boleh diterima di Eropah.

Jurulatih kontoversi ini berkata, pada saingan suku akhir di antara Brazil dan Colombia baru-baru adalah aksi 'gaduh'.

Penyerang Brazil, Neymar tidak dapat menerusi aksi dalam saingan ini selepas mengalami patah tulang vertebra kerana dikasari pemain pertahanan Colombia, Juan Zuniga yang menggunakan lututnya.

Rodriguez terlepas aksi gigit penyerang Uruguay Luis Suarez ke atas pemain Itali, Giorgio Cheiellini.

Low berkata: "Aksi Colombia dan Brazil adalah pergaduhan sebenar.

"Saya harap pengadil, Mr Rodriguez dari Mexico akan perhatikan kelakuan tersebut.

"Sentuhan fizikal ketika aksi Colombia adalah melebihi batasan di Eropah.

"Jika perlawanan seperti itu ada di Eropah, 22 pemain tidak akan menamatkan permainan mereka.

"Itu adalah kekasaran yang salah. Aksi tersebut yang saya nampak di padang.

"Jadi saya harap kekasaran seperti ini perlu dihentikan atau kita tidak akan melihat lagi pemain-pemain seperti Messi,Ozil atau Neymar bermain.

jerman, joachim low, marco rodriguez

Artikel Sebelum

Artikel Lain