suria

'Raja Galactico' Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

BINTANG legenda Real Madrid, Alfredo Di Stefano meninggal dunia padan usia 88 tahun.

De Stefano  sebaris dengan dua lagi jaguh bola sepak dunia, Pele dan Diego Maradona.

Namun Di Stefano dianggap yang terbaik di antara mereka bertiga.

Bermain di posisi pertahanan, tengah, pengatur serangan, penyerang prolifik malah dia boleh menjaga lawan dan dalam masa sama mampu berlari menjaringkan gol.

Dia turut dikenali sebagai "La Saeta Rubia" serta Galactico pertama, pencapaian yang paling cemerlang bagi Di Stefano dengan membantu Real Madrid yang disertainya pada tahun 1953 itu menguasai kedudukan teratas liga Sepanyol.





"Ramai orang berebut memilih Pele atau Maradona. Bagi saya, Di Stefano adalah yang terbaik. Dia melengkapkan semua aspek bola sepak," jelas Pele dalam satu kenyataan pada tahun 2009.

Selain terkenal sebagai pemain, Di Stefano juga melebarkan kariernya menjadi jurulatih.

Dia pernah mengendalikan dua kelab terkenal Argentina, Boca Juniors dan River Plate dengan menjulang trofi liga.

Di Stefano juga membawa Valencia memenangi gelaran keempat Kejuaraan Sepanyol 1971 serta Piala Juara-Juara Eropah 1980.

Selepas itu dia kembali ke Real Madrid menguruskan skuad itu pada tahun 1982-84, menjadi naib juara.

Dua kali bergelar Pemain terbaik Eropah 1957 dan 1959, Di Stefano mencatat 418 gol dalam 510 perlawanan rasmi bersama Real Madrid.

Pada tahun 2000, Di Stefano dilantik sebagao Presiden Kehormat Kelab Real Madrid.

Alfredo Di Stefano, Rela Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Lain