suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Halilhodzic Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Algeria

VAHID Halilhodzic mengesahkan meletak jawatan sebagai jurulatih Algeria walaupun diminta tidak membuat keputusan tersebut.

Pengendali dari Bosnia itu mengesahkan perkara itu di laman Persatuan Bola Sepak Algeria (www.faf.dz).

Dalam pada itu, Halilhodzic menerima rayuan secara peribadi dari presiden Algeria, Abdelaziz Boueflika memintanya terus membimbing pasukan ini.

Algeria mencatat sejarah tersendiri apabila mara pusingan kalah mati buat kali pertama, namun tewas 2-1 kepada Jerman.

Halihodzic berkata, faktor keluarga dan dan inginkan cabaran yang baharu membuatkan dia mengambil keputusan ini.

Halihodzic,61, dijangka bakal mengemudi kelab Turki, Trabzonspor minggu depan.

Pun begitu, Algeria sudah mempunyai calon bagi mengisi jawatan ini, iaitu jurulatih Perancis Christian Gourcuff yang telah memberitahu tidak akan menyambung kontraknya selepas Piala Dunia.

Vahid Halilhodzic, algeria

Artikel Lain